Cerita Pertama
Bidan Limah tinggal seorang diri di rumah papan peninggalan arwah suaminya, di hujung kampung. Kiranya dia bidan pencen la, sekarang orang semua lebih senang bersalin di hospital. Bidan Limah agak miskin juga, pendapatan hidupnya bergantung dengan jualan akar kayu, telur masin dan ayam itik yang dipeliharanya di belakang rumah.
Pada suatu hari, tuk penghulu datang ke rumah Bidan Limah, mewakili penduduk kampung. Hasil sumbangan beberapa orang penduduk, tuk penghulu membawakan beberapa beg simen, batu-bata dan pasir. Tujuannya ialah untuk menambahbaik rumah Bidan Limah yang dah uzur dimakan anai-anai.
"Mak Limah, ni barang-barang untuk baiki rumah. Nanti minggu depan aku bawakan tukang untuk mulakan kerja. Buat sementara ni, aku letak beg simen kat bawah tangga rumah Mak Limah dulu. Jaga baik-baik la ya? Semua ni sumbangan orang kampung."
Tuk Penghulu segera minta diri untuk pulang. Bidan Limah tak sempat nak hidangkan air pun.
Keesokan harinya, Bidan Limah dapati ada tompokan tahi ayam di atas beg simen yang paling atas. "Aih, ada taik ayam pulak..kalau kotor benda ni, nanti marah pulak tok penghulu." fikir Bidan Limah. Lalu dibasuhnya beg simen itu hingga hilang kesan tahi ayam di atasnya.
Lusanya, ada tahi ayam lagi. Dibasuhnya lagi hingga tiada kesan tahi ayam. Bila waktu yang dijanjikan sudah tiba, datanglah Tuk Penghulu bersama beberapa orang pekerja.
Anda dah tahu kan, apa yang jadi?
Semua simen yang diletakkan di bawah tangga rumah Bidan Limah tu, sudah tak dapat digunakan lagi. Dah keras sebab dijirus air. Bidan Limah terpaksa tunggu tahun seterusnya, barulah sumbangan mencukupi untuk mendapatkan ganti simen yang sudah rosak itu.
Tamat cerita pertama.
Cerita Kedua:
Kisah beruang yang terlalu sayangkan tuannya. Biasa dengar, kan?
Kisahnya, seorang pemburu telah memelihara seekor anak beruang sejak ia kecil. Beberapa tahun kemudian, beruang itupun besarlah. Beruang ini manja sangat dengan tuannya.
Pada suatu hari, pemburu itu tidur di halaman rumah. Beruang itu menghampiri tuannya, lalu dilihat ada seekor nyamuk pada pipi tuannya yang sedang tidur itu.
Kerana terlalu sayangkan tuannya, beruang itu pun menampar nyamuk yang sedang menghisap darah pemburu itu, dengan SEKUAT HATI.
Anda tahu kan, apa yang jadi?
Pemburu itu jadi ARWAH la...kuku beruang bukannya macam kuku kucing...semua orang pasti bersetuju bahawa TINDAKAN beruang itu adalah silap..tak kira la betapa BAIK niat si beruang tu.
Cerita Ketiga:
Haa..yang ini, cerita yang SELALU sangat anda dengar...atau mungkin anda dah pernah lihat dengan mata kepala sendiri.
Kisahnya, ibu bapa yag TERLALU sayangkan anak, hingga anak tak bangun solat subuh pun mereka tak sampai hati nak kejutkan. Sebab SAYANG dan KASIHAN melihat anak yang sedang nyenyak dibuai mimpi...lebih-lebih lagi kalau hari minggu, atau musim cuti sekolah.
Alasannya? "Ah, dorang tu kecik lagi..nanti dah besar, aku kejut la.." Maka dibiarkanlah anak yang sedang tidur itu, dengan PENUH PERASAAN KASIH SAYANG..
Anda dah tahu kan, apa yang jadi?
Bila anak dah meningkat usia remaja, baru cuba nak dilatih bangun subuh. Boleh ke? Saya rasa, peratusan untuk berjaya amatlah tipis. Ini adalah kerana mereka tidak dilatih dari awal usia.
Akibatnya, lahirlah SATU LAGI generasi umat yang tak solat Subuh sampai umur dewasa. Yang risiko untuk mereka masuk neraka amatlah tinggi, selagi mereka tidak berubah.
Apa puncanya?
Sebab SAYANG..tapi dengan cara yang SALAH. Sebab tak cukup ilmu.