Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya
telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada
melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa
yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.”
Yang berbuka tetapi
Yang berbuka tetapi
sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota
tubuhnya dari perbuatan dosa.
Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah
yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.
ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil
orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang
yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat.
Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi
Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi
umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya
nafsu gagal dijinakkan.
Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang
Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang
paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.
iii) Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud :
Yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh
keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-
ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya’), mendapatkan pujian atau habuan dunia.