Di kala kita bergembira menyambut kedatangan Ramadhan, sebentar tadi Abang Nara telah mendapat berita mengenai perginya seorang penyanyi pop yeh yeh popular, iaitu Hasnah Haron. Beliau telah meninggal dunia jam 8 pagi tadi akibat kanser pangkal rahim. Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Arwah Hasnah Haron telah pun menghidap penyakit kanser pangkal rahim sejak Januari yang lepas. Namun beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sejak seminggu yang lepas apabila penyakit tersebut semakin kronik. Dimaklumkan bahawa kanser tersebut telah menyerang buah pinggang dan paru-paru Allahyarhamah.
Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru petang ini. Arwah telah meninggalkan 6 orang anak. Sekali lagi marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.